Wednesday 7 December 2016

1MDB : Dakwaan terbaru YB Rafizi Ramli

Nampaknya skandal 1MDB masih terus diperkatakan di luar negara. Terbaru, YB Rafizi Ramli dalam entri terbaru beliau di blognya, rafiziramli.com antara lain memuatnaik artikel yang antara lain mencabar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menafikan dakwaan terbaru dilaporkan akhbar antarabangsa, Financial Times (FT) bertajuk "“China to help 1MDB settle multibillion-dollar legal dispute”. 
Nampaknya Najib semakin hari semakin ketakutan dan kerisauan sudah mula terpapar di wajahnya. Segala dakwaan ini sekiranya tidak dinafikan segera, maka persepsi rakyat dan tahap keyakinan mereka terhadap kepimpinan Najib semakin buruk dan sukar dipulihkan.
Gali Lubang, Tutup Lubang Hutang 1MDB
Berikut merupakan dakwaan terbaru YB Rafizi dalam usaha mendedahkan skandal 1MDB melibatkan penyelewengan dan kehilangan dana awam terbesar dalam sejarah negara.
DATO’ SERI NAJIB PERLU SAHKAN LAPORAN FINANCIAL TIMES DAN URA-URA GLC BESAR DISENARAIKAN DI BURSA SINGAPURA
Saya merujuk kepada satu laporan terkini bertarikh hari ini oleh Financial Times bertajuk “China to help 1MDB settle multibillion-dollar legal dispute” yang menyentuh perkara-perkara berikut:
1. 1MDB akan mula membayar hutang berjumlah USD6.5 bilion (bersamaan RM30 bilion) yang dituntut oleh syarikat pelaburan milik Abu Dhabi iaitu International Petroleum Investment Company (IPIC) dengan bantuan kewangan dari Kerajaan China;
2. Sumber yang dipetik oleh Financial Times juga menyebut bahawa bantuan kewangan dari Kerajaan China itu adalah sebagai pertukaran kepada aset (“asset swap”) yang akan diurusniagakan oleh Kerajaan Malaysia.
Dalam sesi Parlimen yang lepas, saya secara khusus telah menanyakan Menteri Kewangan II, Dato’ Johari Abdul Ghani bagaimanakah pentadbiran Dato’ Seri Najib bercadang membayar kembali hutang yang dituntut oleh IPIC itu (walaupun saya hanya menyebut jumlah yang didakwa diselewengkan ke akaun Jho Low berjumlah RM3.5 bilion atau RM15 bilion).
Sehingga ke akhir ucapan penggulungan beliau, Dato’ Johari Abdul Ghani tidak menjawab langsung.
Saya merasakan seolah-olah ia ulangan kepada amaran saya lebih setahun lalu supaya 1MDB tidak menggunakan dana Tabung Haji dan amaran saya itu (dalam bulan Mac 2015) telah dicerca dengan jeritan tidak bersopan di dalam Dewan Rakyat oleh Dato’ Seri Azeez Abdul Rahim. Sebulan kemudian, berita bahawa Tabung Haji telah membeli tanah dari 1MDB pada harga yang berlipat kali ganda lebih tinggi bocor kepada orang ramai.
Dalam sidang yang lepas, perkara yang hampir sama berlaku. Saya telah bertanya soalan mengenai perancangan Dato’ Seri Najib untuk membayar hutang itu dan telah disambut dengan cerca dan jeritan dari Ahli Parlimen Baling itu yang diketahui sangat rapat dengan Dato’ Seri Najib dan Datin Seri Rosmah, sehingga soalan saya itu tidak dijawab langsung.
(Rakaman perbahasan itu boleh ditonton di https://www.youtube.com/watch?v=7P3VYrJjtcg )
Berita yang disiarkan oleh Financial Times hari ini benar-benar merunsingkan saya kerana ia seolah-olah mengesahkan satu maklumat yang telah saya perolehi beberapa bulan lepas mengenai kemungkinan salah satu konglomerat berkaitan kerajaan (GLC) akan disenaraikan di Singapura dalam tahun 2017 bagi memberi ruang kepada syarikat yang dikawal Kerajaan China (secara langsung atau tidak langsung) menguasai sebahagian besar dari sahamnya.
Sebelum ini, saya tidak menimbulkan perkara ini kerana menunggu lebih banyak bukti dan perkembangan yang boleh mengesahkan ada kebarangkalian dakwaan itu ada kebenaran. Berita pada hari ini yang turut menyebut mengenai urusniaga melibatkan aset milik Kerajaan Malaysia.
Soalan saya ialah GLC manakah yang mempunyai pengaruh yang sebegitu besar untuk dijadikan pertukaran bagi bantuan kewangan mengejut sebanyak RM30 bilion seperti yang dilaporkan Financial Times hari ini?
Pada pemahaman saya, hanya ada beberapa GLC yang mempunyai saiz aset sebesar itu iaitu PETRONAS (atau anak syarikat kumpulannya), Tenaga Nasional Berhad, Telekom Malaysia atau Sime Darby Berhad?
Saya mendesak Dato’ Seri Najib memberi penjelasan sama ada bantuan kewangan dari Kerajaan China akan menyebabkan salah satu aset utama seperti GLC di atas dilibatkan di dalam urusniaga baru melibatkan Kerajaan China?
Jika beliau berdiam diri, desas desus ini tidak akan berhenti dan saya akan terus menyiasat sehingga butiran aset yang ingin diurusniagakan diketahui umum.
RAFIZI RAMLI
AHLI PARLIMEN PANDAN
NAIB PRESIDEN KEADILAN

Tuesday 6 December 2016

UMNO Perlukan DAP?

Bukan lagi menjadi rahsia apabila DAP kini dijadikan 'musuh' utama UMNO, lagu yang seringkali didendangkan UMNO terutama semasa Perhimpunan Agung parti itu dan menjelang Pilihan Raya Umum akan datang.

Maka gegak gempita lah Dewan Merdeka, PWTC saban tahun apabila berlangsungnya perhimpunan ahli-ahli parti Melayu terbesar di negara ini dengan makian dan cacian terhadap seteru karib mereka, DAP.

Begitu juga di media arus perdana, kalau boleh "headline" setiap akhbar bercetak kawalan UMNO, haruslah memaparkan isu-isu mengaitkan DAP. Setiap hari, lagi bagus agar dapat menyemai rasa benci orang Melayu (luar bandar) kepada parti didakwa bersifat cauvinis itu.


MCA bagaimana? Adakah MCA tidak membantah Hudud sebagaimana diperjuangkan 'kekasih' baru UMNO, PAS yang juga sebuah parti yang memperjuangkan Islam sejak sekian lama?

Malah, MCA dalam siri Mesyuarat Bahagian parti itu antara lain sebulat suara menolak cadangan PAS mengemukakan usul persendirian berkaitan pindaan Rang Undang-Undang (RUU) Akta 355 di Parlimen?

Bukankah MCA juga sama sahaja dengan DAP? Jadi kenapa UMNO tidak menentang MCA secara terbuka? Adakah kerana MCA berada dalam Barisan Nasional (BN), dan atas dasar konsep 'perkongsian kuasa', MCA tidak perlu diserang?


Kalau benarlah DAP itu parti yang boleh menyebabkan rakyat khasnya orang Melayu merempat jika mereka berkuasa nanti, kenapa tak minta Pendaftar Pertubuhan (ROS) mengharamkan terus parti tersebut?

Ironinya, UMNO memerlukan DAP bagi memainkan isu dan sentimen perkauman setiap kali pilihan raya umum. Jika DAP tiada, UMNO 'mati kutu'. Tiada ada modal boleh digunakan untuk meraih undi orang Melayu khususnya mereka yang menetap di luar bandar.

Walhal UMNO tahu hakikatnya DAP tidak mampu membentuk kerajaan secara bersendirian kerana memiliki kerusi yang tidak mencukupi sekaligus memerlukan bantuan parti pembangkang lain untuk membentuk Kerajaan.

Bahkan UMNO juga tahu ahli parlimen Islam dan Melayu jumlahnya lebih besar daripada ahli parlimen DAP serta yang berketurunan Cina di Dewan Rakyat.

Mana mungkin hak dan keistimewaan orang Melayu yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dipinda sewenang-wenangnya. 

DAP juga tidak berani menyentuh tentang isu agama dan perkauman kerana mereka tahu akan natijahnya jika berbuat demikian.

Sebenarnya ini bukan soal perang antara kaum dan agama. Ini soal memilih parti yang terbaik untuk masa depan negara, soal menentang kebatilan dan kezaliman terhadap sistem pentadbiran negara yang diurus dengan dahsyat. 

Maruah negara kian tercemar dengan skandal 1MDB dan RM2.6 bilion dalam akaun peribadi Najib. Jadi rakyat harus dibenarkan memilih bukannya ditakut-takutkan oleh segerombolan manusia yang rakus dengan kuasa yang ada di tangan.

Siapa Dia Rizal Mansor Ni??

Berkaitan ucapan Tun M yang didakwa sesetengah pihak kononnya menghina Nabi di Persidangan Kebangsaan DAP baru-baru ini, kenyataan balas kenyataan balas dikeluarkan Pegawai Khas Rosmah Mansor, Rizal Mansor agak kelakar dan membodohkan dirinya sendiri.
Tun M dalam sidang media sejurus selesai program itu berkata pemimpin UMNO seolah-olah menyamakan PM dengan Nabi apabila menyifatkan Najib insan terpilih oleh Allah sedangkan Nabi tak ada pun RM2.6 bilion.
Itu sahaja. Bukan ada isu apa pun. Tun M hanya beri analogi bukannya menghina Nabi.
Yang menghairankan kita, Tun M langsung tak sentuh tentang bini Najib, Rosmah Mansor. Dia cakap hanya berkaitan Najib dalam hal politik. Jadi sepatutnya yang beri komen balas ialah Pejabat PM bukannya pembantu (aide) Rosmah.




Si Rizal ni apa jawatan dia yang sebenarnya? Kalau dia pembantu kepada Rosmah, mesti kerja dia tolong shopping ka, tolong buat jadual ka, tolong buka pintu kereta ka, tolong buat kopi ka dan bermacam benda yang sepatutnya macai..eh silap..Pegawai Khas buat. 

Dia ni siapa yang bayar gaji dia? 
Ini jawatan termasuk dalam civil service ka? 
Atau jawatan dalam Jabatan FLOM? 

Rizal yang kononnya nampak baik ini pun sebenarnya kaki kecoh juga. Dulu pernah bertindak kurang 'menyerang' program sidang media YB Rafizi Ramli yang memperlihatkan sikap tidak matang seorang pembantu khas isteri kepada Perdana Menteri. Mana adabnya?




Video pembantu Rosmah buat kecoh

Lihatlah perangai sebenar Rizal yang sesuka hati dia 'menyerang' orang lain. Ini ke perangai seorang pembantu khas isteri Perdana Menteri?

Seumur hidup, belum ada lagi isteri PM kita yang lalu ada pembantu khas jenis syok sendiri keluarkan bermacam kenyataan ikut suka dia.

Macam-macam kenyataan pulak yang dia keluarkan seolah-olah dia tu SUPOL. Tapi selalunya bunyinya macam cakap seorang badut.

Mungkin juga Rizal ni anggap diri dia lebih bijak daripada SUPOL, Pegawai Khas, Menteri Komunikasi dan Multimedia Salleh Said ataupun Pengarah Komunikasi Strategik BN Rahman Dahlan.

Kalau macam itu, lebih baik Najib rombak Kabinet, lantik si Rizal ni Menteri penuh. Mungkin boleh sahaja beri dia mengetuai Kementerian baru, Kementerian Hal Ehwal Pencacai.