Saturday 21 September 2013

Bukan 1 rupanya 2...Lenakah tidur Shahrizat malam ni??


Datuk Seri Sharizat Jalil yang lebih mesra disapa Kak Jat pada mulanya hanya menerima cabaran daripada Datuk Seri Azalina Said, bekas Ketua Puteri Umno bagi jawatan Ketua Wanita Umno pada pemilihan akan datang ..namun Ahli Parlimen Pengerang itu menarik diri di saat akhir bagi memberi laluan kepada Kak Jat memimpin pergerakan tersebut selain mengelak berlaku perpecahan dalam parti.

Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil hadir di PWTC menghantar borang pencalonan mempertahankan jawatan Ketua Wanita Umno. Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 21 September, 2013.

Kemudian beberapa hari selepas itu, timbul pula nama anak Allahyarham Sulaiman Palestin, umum akan mencabar Kak Jat iaitu Raihan Sulaiman Palestin [sini]. Pagi tadi, beliau yang juga AJK Umno Kulim Bandar Baru ditemani suami dan abangnya semasa menyerahkan borang pencalonannya tepat jam 10.30 pagi tadi di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). 

"Saya bertanding hendak bersihkan Wanita. Shahrizat tetap saudara saya," katanya yang ditemui pemberita sejurus menyerahkan borang pencalonan. 

Raihan dengan nada sebak turut meminta supaya tindakannya menentang Shahrizat usah disalah erti, kerana beliau hanya membawa suara akar umbi. 

"Jangan laga-lagakan saya dengan Shahrizat, dia tidak ada kena mengena dengan saya, jangan kaitkan saya dengan apa yang berlaku kepada Shahrizat. Saya bawa suara akar umbi yg membawa isu itu," katanya. 

Raihan bagaimanapun enggan mengulas lanjut "pembersihan" yang dimaksudkannya dalam Wanita Umno.

Harini Kak Jat menerima kejutan lagi...kalini datangnya dari Exco Wanita Umno pula, Senator Datuk Maznah Mazlan yang menyerahkan borang pencalonan kira-kira setengah jam sebelum proses penyerahan borang ditutup 5 petang [sini]



Kesian Kak Jat....ku fikirkan 2 rupanya 3....
sabaq na Kak Jat....
..............................................................................................................................................

SEMUTHITAM turut mengupas isu ini...




Hehehe... dah macam cerita P. Ramlee pulak dah gayanya. Kan ada satu adegan dalam cerita Madu Tiga tu diorang gunakan skrip kat atas ni? Hehehe... Jangan marah ye.

Siapa sangka beb. SH sendiri pun tak menyangka keadaan ni akan berlaku. Tapi, inilah harga demokrasi yang wujud dalam UMNO pada hari ini.

Jika sebelum ini, hangat orang bercerita kerusi Ketua Wanita UMNO Malaysia hanya akan dilanggar oleh Azalina. Tapi akhirnya Azalina tarik diri.

Mungkin disebabkan kelantangan dia menyuarakan hasrat nak bertanding tu mengakibatkan dia dicabar di Bahagian Pengerang yang selama ini tidak ada pertandingan.

Itu pun salah satu bukti demokrasi yang wujud dalam UMNO. Semua orang boleh bertanding. Tak de siapa pun boleh halang melainkan mereka tak cukup syarat.

Dan demikian juga yang berlaku diperingkat pusat. Kita ingatkan, lepas Azalina tarik diri, tak de dah orang yang berani cabar Kak Ijat. Rupanya ada jugak.

Kita dah dengar dah cerita pasal Kak Ijat bakal dicabar oleh Raihan Suleiman Paletin untuk merebut kerusi Ketua Wanita tu. Kecoh jugak ceritanya dalam media.

Hari ini, kita sekali dikejutkan apabila Datuk Maznah Mazlan, ADUN Muadzam Shah juga turut mendaftarkan diri menjadi calon bagi merebut kerusi tersebut.
Perebutan untuk jawatan Ketua Pergerakan Wanita Umno akan menyaksikan persaingan tiga penjuru pada pemilihan sayap parti Oktober depan.

Persaingan itu melibatkan penyandangnya, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil yang bakal menerima tentangan daripada ahli Umno Kulim-Bandar Bharu, Raihan Sulaiman Palestin dan bekas Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Maznah Mazlan.

Maznah menyerahkan borang pencalonan kira-kira 20 minit sebelum tempoh penyerahan ditutup pada pukul 5 petang Sabtu.

Sementara itu bagi Naib Ketua Wanita, pertandingan jawatan itu menyaksikan saingan tiga penjuru antara Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Azizah Mohd Dun; Ketua Penerangan Wanita Umno, Datuk Hamidah Osman dan

Ketua Wanita Umno Bahagian Pendang merangkap Exco Wanita Umno Malaysia, Datuk Suraya Yaacob.
Kiranya, pertandingan bagi jawatan Ketua Wanita ni dah jadi bertambah menarik dan ianya mula menjadi tumpuan seluruh rakyat Malaysia.

Siapakah yang akan berjaya bergelar Ketua Wanita UMNO Malaysia kelak? Sama - sama la kita tunggu. Pilihan sekarang ditangan perwakilan Wanita Bahagian.

Cuma SH nak jelaskan. Tak mustahil dalam tempoh berkempen ni kita akan dengar macam - macam cerita. Jadi, pandai - pandai la jaga diri masing - masing. Jangan sampai merosakkan parti sudah la!!! Dan yang pentingkan, jangan menyudahkan orang lain!!!







No comments:

Post a Comment