Wednesday 18 September 2013

#PRU13: Analisis Undi untuk DSAI @ Pak Sheikh Sebagai PM

Kita amat berbesar hati dengan kenyataan Datuk Ahmad Yakob, Menteri Besar Kelantan yang baru bahawa Pas Kelantan berdiri teguh di belakang PAS Pusat agar proses pilihanraya dihormati. 

Petikan kenyataan di laman facebook beliau seperti dibawah:

'Saya membaca kenyataan beberapa pihak di dada-dada akhbar meminta agar proses pilihanraya dihormati dan rakyat dipohon untuk tidak menggunakan kekerasan menjatuhkan kerajaan. Dalam hal ini saya teguh bersama kepimpinan PAS Pusat yang menegaskan bahawa PAS dari dulu hingga sekarang sentiasa memilih jalan demokrasi berasaskan kepada pendirian bahawa itulah jalan terbaik…….Justeru, saya juga tentunya tidak bersetuju dengan jalan kekerasan untuk menjatuhkan kerajaan dan juga memohon agar proses pilihanraya dihormati.’

Kenyataan di atas jelas menunjukkan yang PAS tidak merestui tindakan Anwar kini menggerakkan penyokong Pakatan Rakyat berdemonstrasi di jalanan untuk mengganggu-gugat Kerajaan Persekutuan Barisan Nasional sekarang. 

Seperti kita semua maklum Anwar cuba menghalalkan tindakan beliau dengan menuduh proses pilihanraya sebagai tidak telus dan penuh penipuan. Beliau juga mendakwa mendapat undi majoriti dalam  PRU ke 13 ini.

Kita telah menyemak butiran rekod pengundian yang diterbitkan oleh Suruhanjaya Pilihanraya dan mendapati sesungguhnya Pakatan Rakyat mendapat undi majoriti sebanyak  50.87% berbanding BN yang hanya mendapat 47.38%. 

Keadaan seperti ini baru pernah berlaku di Malaysia sekarang, sungguhpun  ia lumrah berlaku di negara negara lain seperti Britain dan Australia yang mengamal sistem demokrasi berparlimen seperti negara kita. 

Malah di Amerika Syarikat sekalipun dalam pemilihan Presiden Bush untuk penggal pertama, beliau telah mengalahkan Calon Presiden Al Gore walaupun Al Gore yang mendapat undi majoriti. Untuk artikel lengkap tentang kes kes serupa di luar negara, sila klik di sini.

Dalam hal ini kita nampak Anwar begitu kecewa kerana terlalu yakin yang beliau akan dapat membentuk kerajaan pusat selepas PRU 13 ini. Kita  berasa hairan mengapa beliau dan DAP dan keseluruhan masyarakat Cina berpandangan demikian. 

Kita rasa terdapat beberapa sebab beliau terlalu yakin: Pertama wujudnya beberapa opinion poll yang menyatakan beliau lebih popular daripada Najib sebagai Perdana Menteri; kedua beliau beliau tidak nampak dalam opinion poll yang sama menunjukkan Barisan Nasional masih popular dalam kalangan kaum Melayu dan juga pulih di kalangan kaum India. 

Jadi histeria yang menyelubungi  seluruh masyarakat Cina di saat akhir sebelum hari pengundian mengabui mata Anwar dan masyarakat Cina sendiri tentang realiti sebenarnya. 

Masyarakat Cina menyokong Pakatan Rakyat bukan  kerana mereka sukakan pembangkang, mereka mengundi kerana terlalu yakin yang pembangkang akan membentuk kerajaan persekutuan yang baru. Dengan kata lain mereka dirasuki oleh slogan yang mereka reka sendiri, ia itu slogan UBAH  dan INI KALILAH!.

Tetapi, soalnya sekarang, benarkah dakwaan Anwar yang beliau lebih popular daripada Najib sebagai calon Perdana Menteri? Dapatan tinjauan pendapat pihak UMCEDEL yang terbit di saat akhir Pilihanraya juga menyokong pendapat ini.

Jika dilihat dari segi undi dalam PRU 13 ini, secara kasar memang Pakatan Rakyat mendapat undi majoriti. Tetapi tidak semua dalam Pakatan Rakyat yang menyokong Anwar menjadi Perdana Menteri, kerana Parti PAS ada calon PM nya sendiri. 

Dari segi ini undi yang menyokong Anwar sebagai Perdana Menteri hanyalah pada kadar 41% sahaja berbanding 47% untuk Najib, butiran seperti berikut:

Undi Sebagai PM
%
Najib Tun Razak
5,237,699
47
Anwar Ibrahim
4,523,021
41
Hj Hadi Awang
1,100,963
10
Undi Rosak
192,894
2
Jumlah
11,054,577
100

Seterusnya kita telah juga membuat analisis bangsa mana yang di sebalik sokongan kepada Anwar, butiran seperti di bawah:

Kaum
Undi Anwar PM*
%
Cina
 2,833,331
  63%
Melayu
    998,729
  22
India
    460,867
  10
Lain-lain
    230,094
    5
Jumlah
 4,523,021
100
Nota: *Anggaran mengikut kaedah analisis regression.

Dari segi komposisi kaum,  Anwar mendapat undi yang padu dari Kaum Cina, pada kadar 63%, berbanding Melayu hanya 22%.

Dengan angka angka di atas kita menjangka gerakan besar-besaran Anwar untuk meggangu-gugat Kerajaan BN tidak mendapat sambutan yang beliau harapkan daripada Masyarakat Melayu. 

Kinipun muka-muka yang membanjiri gerakan demonstrasi beliau adalah  terdiri majoritinya dari anak-anak muda Cina. Ia kini kian menyerupai  protes  dari masyarakat Cina kerana gagal menumbangkan Kerajaan Melayu/Islam di Negara ini.

Hanya, dengan kemuncak protes yang akan di adakan di Kuala Lumpur atau Selangor, ia mungkin sedikit sebanyak menyerupai protes antara kaum, tetapi corak pengundian PRU baru baru ini menunjukkan sebaliknya.

Oleh itu kita harap pihak Polis berhati berhadapan dengan protes ini dengan tidak mengambil tindakan fisikal secara drastik yang boleh menarik simpati kepada gerakan Anwar ini.


Credit : DAH IKHWAN

~ TANJAK PUSAKA~


No comments:

Post a Comment