Friday 20 September 2013

Dato' Seri Zahid Hamidi Calon Favourite?

Kalangan pemerhati politik mengandaikan Dato' Seri Ahmad Zahid Hamidi tidak berdepan masalah untul mengekalkan jawatannya selaku Naib Presiden UMNO pada pemilihan itu nanti..

Baca kupasan blog JOMO MALAYA di bawah



Nama: Dato Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi
Tarikh Lahir: 4 Januari 1953
Tempat Lahir: Bagan Datoh, Perak
Jawatan: Menteri Dalam Negeri

PRU13 lalu menceritakan segalanya... Keputusan yang masih memihak kepada Barisan Nasional melihat secara jelasnya, Orang Meayu/Bumiputera secara majoritinya terus meletakkan UMNO sebagai sandaran Utama kepada untung nasib Melayu/Bumiputera...

PRU14 kurang dari 5 tahun lagi, justeru, UMNO kena terus kuat dan kekuatan itu perlu ditiingkatkan lagi agar kepercayaan orang Melayu/Bumiputera terus mendokong perjuangan parti keramat ini...

Saya melihat pucuk pimpinan dalam UMNO kena kuat dan paling penting adalah pejuang kuat kepada Melayu/Bumiputera... Dato Seri Najib dan Tan Sri Muhyiddin telah mengesahkan akan mempertahankan kerusi Presiden dan Timbalan Presiden... Pertandingan yang cukup menarik kali ini adalah yang melibatkan Naib Presiden UMNO... 3 penyandang, Dato Seri Zahid, DS Hishamuddin dan DS Shafie telah mengesahkan untuk mempertahankan kerusi tersebut, manakala Tan Sri Isa, Dato Seri Ali dan Datuk Mukhriz telah mengesahkan untuk bertanding bagi kerusi tersebut...

JOMO ingin katakan Dato Seri Zahid Hamidi adalah orang yang paling layak diangkat untuk terus mempertahankan kerusi tersebut... Beliau seorang yang cukup dedikasi, tegas, istiqomah dalam perjuangan dan lebih penting lagi sentiasa dibaris hadapan dalam mempertahankan Parti UMNO dari serangan musuh/pembangkang...


Mengenali Dato Seri, secara ringkasnya, beliau sebelum menceburi bidang politik beliau adalah seorang ahli perniagaan dan pernah juga menjadi seorang guru... Bermula pada tahun 1986, beliau telah dilantik menjadi Setiausaha Politik kepada Dato Seri Mohd Najib Tun Razak... Beliau menapak selangkah ke hadapan pada tahun 1995 apabila memenangi parlimen Bagan Datok.. Dengan kepakaran yang ada, beliau pernah dilantik sebagai Pengerusi BSN pada tahun 1995-1998... Menariknya, dalam tempoh yang singkat itu, beliau berjaya mengubah BSN daripada imej `bank pejabat pos' kepada sebuah bank yang cukup disegani...

Memiliki Ijazah Kedoktoran dari UPM, neliau terus meniti pentas politik dengan penuh istiqomah dan iltizam untuk memastikan perjuangan UMNO terus relevan dan gah sebagai wadah perjuangan untu orang Melayu Bumiputera... Beliau pernah menjadi Timbalan Menteri penerangan, Timbalan Menteri Pelacongan dan seterusnya diangkat sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada tahun 2008... Perubahan kabinet negara pada tahun 2009, menyaksikan Dato Seri Zahid diberi amanah untuk memegang jawatan Menteri Pertahanan Malaysia... 

Sebagai Menteri Pertahanan Malaysia, beliau telah membawa banyak perubahan yang melibatkan ketenteraan, memperkemaskan pentadbiran ATM dan yang lebi penting lagi menjadikan ATM terus kehadapan dan cemerlang dalam banyak perkara... 

Sebagai contoh, peranan ATM dalam isu lahad Datu di Sabah, telah menampakkan beliau sebagai Menteri Pertahanan cukup efektif, konsisten dan jitu menyelesaikan isu tersebut bersama PDRM. Beliau juga adalah Menteri yang menjadi penggerak utama kepada penyelesaian konflik  di Selatan filipina bagi bangsamoro di mana Malaysia telah memainkan peranan besar kearah pendamaian tersebut [baca sini]

Dato Seri Zahid Hamidi telah menawarkan diri untuk bertanding kerusi Naib Presiden UMNO (2009) dan alhamdulillah berkat sokongan dan doa beliau telah berjaya memenangi kerusi Naib Presiden UMNO tersebut dengan undian tertinggi... UMNO semakin hari semakin mendapat sokongan orang Melayu/Bumiputera sehinggalah ia diterjemahkan dalam PRU13 yang lalu...

Dato Seri Zahid sekali lagi memenangi kerusi parlimen Bagan Datok dan dalam keadaan negara penuh dengan suasana tidak menentu, ditambah lagi dengan provokasi pembangkang yang cukup keterlaluan sehinngga mengganggu ketenteraman negara, beliau diamanahakan tanggungjawab cukup besar oleh Perdana Menteri bagi mengetuai Kementerian Dalam Negeri...

Isyaratnya cukup jelas, beliau yang dikenaali dengan kata-kata yang cukup berbisa 'Tiada Lagi Amaran, Tindakan akan diambil' telah membawa KDN secara cukup pantas kehadapan... Walaupun baru beberapa bulan, beliau telah meningkatkan imej PDRM dengan pengenalan kepada Ops-Cantas yang bertujuan untuk membasmi jenayah di negara ini... Lihat sahaja, ianya berjaya menangkap dan menyelesaikan isu jenayah yang pastinya telah membuatkan ramai penjenayah tidak tidur lena... Bayangkkan dalam beberapa bulan sahaja seramai 8449 orang ditahan dalam operasi Ops-Cantas...


Dalam pada itu juga, operasi membasmi pedatang tanpa izin juga diperhebatkan semula melalui imegrasen malaysia... Apa yang menakutkan PATI, mereka akan dicari dan dijejak secara habis-habisan walaupun sehingga ke lubaang cacing sekalipun... Ini pastinya menimbulkan kerisauan terutamanya kepada PATI dan Tauke-tauke yang menggaji PATI atas niat untuk mendapat keuntungan besar...

Jelas! Tindakan dan Kapasiti Dato Seri Zahid Hamidi secara tidak langsung telah menggambarkan bahawa beliau adalah Pemimpin Melayu yang cukup tegas, berani dan istiqomah... Apatah lagi, tindakan yang beliau lakukan ini memberi signal jelas kepada semua, Melayu memerlukan pemimpin seperti beliau. Justeru, Melayu kena berani bertindak!

Nah! Inilah masanya, Dato Seri Zahid Hamidi telah menawarkan diri bertanding bertanding jawatan naib Presiden, saya menyeru kepada semua perwakilan dan ahli-ahli UMNO agar kita memberi sokongan tidak berbelah bagi kepada Dato Seri Zahid Hamidi bagi mendokong perjuangan parti keramat Melayu ini... Bersama-sama kita pastikan Pemimpin yang beriwa besar seperti beliau diangkat pada kedudukan yang sepatutnya dan paling penting diberikan kemenangan dengan undian tertinggi sebagai Naib Presiden UMNO No.1...

Nama beliau terus meniti dibibir kawan mahupun lawan...

JOMO: Ramai yang tidak tahu, Dato Seri Zahid juga benyak terlibat dengan program-program amal dan kebajikan bagi memartabatkan Agama Islam dan melahirkan anak-anak kita yang soleh dan solehah... Bersama kita mendokong kemenangan didunia agar kita sama-sama mendapat kemenangan diakhirat sana... Semoga Allah merahmati kita semua!

Saya Menyokong Dato Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai Naib Presiden UMNO Malaysia...



No comments:

Post a Comment