Friday 20 September 2013

Surat Terbuka Buat Mukhriz Mahathir

Blog Gelagat Anwar menulis 

Sebagai ahli UMNO, saya tidak menolak keinginan sesiapa pun sahaja untuk menawarkan diri untuk dipilih oleh perwakilan sebagai pemimpin. Sepertimana YAB punya hak untuk menawarkan diri, perwakilan juga punya hak untuk memilih. Adil bukan.

Cuma, sebagai ahli biasa UMNO, saya musykil dengan kesungguhan YAB untuk bertanding di peringkat VP pada pemlihan kali ini. Apa yang dikejarkan sangat? Atau YAB merasakan kehadiran YAB akan membantu UMNO untuk mendapatkan keputusan yang lebih baik dalam PRU yang akan datang.

Apakah keyakinan ini asli? Atau ianya fatamorgana yang ditiupkan ke telinga YAB oleh kalangan orang sekeliling yang mempunyai agenda yang tersendiri. Atau menjadi niat YAB, untuk menafikan peningkatan pengaruh mana-mana pemimpin dalam UMNO pada ketika ini. Jika penawaran diri ini kerana dendam, ianya bukanlah alasan yang paling manis dan bagus.

YAB,
Saya mohon YAB nasihatkan kalangan rakan-rakan blogger yang sangat bersungguh mahu mengetengahkan YAB supaya ambil nafas, dan bertenang. Saya faham, sebahagian mereka, mempunyai masalah pernafasan kerana keadaan tubuh mereka. Tapi, mereka perlu tarik nafas.

Pada mereka, kemampuan berpolitik itu adalah warisan keluarga. Kalau Tun Mahathir hebat, anak Tun juga pasti hebat. Hakikat politik tidak begitu. Mungkin ayah mertua tidak hebat, tetapi menantu jadi sangat hebat. Boleh juga berlaku seperti itu.

Soalnya, bila dibangkitkan soal succession plan di dalam UMNO, apabila YAB bertanding jawatan Naib Presiden, apa yang mereka mahu sampaikan? Jawatan Presiden UMNO ini memang sudah wajar menjadi milik YAB? Di atas alasan apa?

Kata orang kanan YAB lagi:-

Later this afternoon, sources from  Perdana Putra said that Mukhriz would call on Deputy Prime Minister and  UMNO Deputy President Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin. Later in the  evening, same sources said that he would also meet Prime Minister and  UMNO President Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Razak.

These meetings are in line on what Home Minister and UMNO Vice President Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi’s advice to Mukhriz a few days ago. In short, Mukhriz has sought the ‘endorsement’ from top leadership to offer himself.

If this endorsement is obtained, then it could be viewed as an endorsement for UMNO to have a leadership succession plan. This a high level extension to the UMNO democratization, promised by  Prime Minister Najib in his acceptance speech as 7th UMNO President on  28 March 2009.

Kata orang kiri YAB lagi:- saudara syedoutsidethebox

Well Mukriz is expected to make the big announcement tomorrow. That he is going to contest a VP post in UMNO.

1. An sms that came in said that Najib has asked Mukriz to see him this evening to try and get Mukriz NOT to contest. The theory is Najib wants to ensure that his cousin Hishamuddin Hussein stands a chance to win a VP post. If Mukriz contests, it is likely that Hishamuddin will come out behind Mukriz, Ali Rustam, Zahid Hamidi and  maybe even behind Shafie Apdal.

2. The other  news says that it is Mukriz who has asked to see Najib to seek his  advice and pay the due regards. Its the respectful thing again. And for  the same reasons – Mukriz’s contesting may jeopardise Najib’s cousin. Checks with other folks say that BOTH Najib and Muhyiddin welcome Mukriz going for the VPs post.

I hope Mukriz  makes the announcement tomorrow. Stay the course bro. Stay the course.  Many are waiting and the groundswell is good.

YAB,
Berhati-hatilah dengan istilah groundswell is good. Waktu bertanding KP dahulu, groundswell is good juga. YAB bertanding dengan KP yang patah kaki. Tidak ada protection Perdana Putra. YAB tetap bungkus. Itu sejarah. Jangan over-estimate groundswell ini. Tarik nafas dan bawa bertenang.

YAB,
Memang YAB punya potensi. Bijak. Tetapi mungkin meletakkan diri YAB sebagai sebahagian succession plan itu agak keterlaluan. Dalam budaya kita berpolitik, mesti ada adab dan hemahnya.

YAB,
Mohon YAB bertanya diri sendiri, apakah dengan kehadiran YAB boleh memantapkan UMNO yang kian lemah. Bukan saya kata, Ayahanda Tun yang kata. Meremajakan UMNO bukan bermakna UMNO perlu memberi jalan kepada seorang berumur 49 tahun. Itu bukan remaja namanya.

Sejujurnya, kehadiran YAB belum tentu membuatkan UMNO kuat. Sebagai ahli biasa, saya melihat YAB seorang pemimpin yang tidak ada tulang belakang. Hanya bersandarkan kekuatan nama Tun. Itu adalah satu kekuatan yang tidak kekal.

YAB,
Saya mendoakan YAB membuat keputusan yang tepat. Jangan fikir tentang darah dan talian keluarga. Fikir tentang UMNO. Kata Tun:- Saya ulangi UMNO sedang mengidap sakit tua yang tetap akan membawa maut. Hanya jika UMNO diperbaharui oleh yang muda barulah UMNO dapat  meneruskan perjuangan-perjuangan yang diamanah kepada UMNO oleh bangsa  Melayu. Ahli UMNO mestilah ditambah melalui kemasukan generasi muda yang bersemangat kebangsaan. Demikian juga dengan kepimpinan UMNO di semua  peringkat, terutama di peringkat pusat, di dalam MajlisTertinggi.  Ahli-ahli badan ini mestilah terdiri sebahagiannya daripada yang muda.

Muda yang dimaksudkan oleh Ayahanda Tun, tidak semestinya YAB. Lokman Adam pun muda. Apa salahnya.

Selamat maju jaya YAB.

Kulop Ulam Raja
18 Sept 2013


No comments:

Post a Comment