Alhamdulillah
Pilihanraya Umum Ke13 telah selesai dan semua data telah diperolehi dan dimuatkan
kedalam komputer yang membolehkan analisis secara terperinci.
Dalam artikel ini
kita hanya memfokuskan suasana di Semenanjung Malaysia kerana wujudnya
kekeliruan tentang corak pengundian dan implikasinya kepada halatuju politik setiap kaum selepas ini.
Kita belum lagi membuat
analisis suasana di Sabah dan Sarawak kerana tiada timbul persoalan tentang
dominasi BN yang berterusan di sana.
Pengundian Mengikut Kaum
Bagi
Semenanjung Malaysia, analisis kita menunjukkan 63.7% undi Melayu
berpihak kepada Barisan Nasional,10.8% undi Cina dan 43.2% undi kaum India.
Butiran untuk negeri negeri dan wilayah adalah seperti dalam Jadual
berikut:
Undi dari kaum Cina, malangnya untuk BN telah
jatuh diluar jangkaan sama sekali, keparas 10.8%. Dalam ramalan
model kita telah menjangka senario terburuk undi Cina pada paras 25% iaitu
seperti dalam pilihan raya negeri Sarawak dan juga berasaskan angka yang boleh
ditafsir dari survei pendapat umum pihak Merdeka Center.
Keadaan undi Cina yang lebih buruk daripada
jangkaan mungkin disebabkan kesan kempen DAP disa’at sa’at akhir. Ini
mencerminkan betapa efficiennya jentera DAP dalam merancang dan
mempengaruhi kaum Cina dalam pilihan raya kali ini.
Kaum Cina begitu
yakin yang mereka mampu memberi kemenangan kepada Pakatan Rakyat untuk
membentuk kerajaan persekutuan yang diterajui DAP.
Dengan itu DAP telah
berjaya memperoleh hampir keseluruhan undi kaum Cina dan menjadi parti
dominan dalam Pakatan Rakyat, tetapi kali ini hanya sebagai peneraju di
sebelah pembangkang.
DAP mampu merancang dan melaksanakan kempen dengan begitu teliti sekali, penyokong PAS hanya mampu bersembahyang
hajat, tetapi Allah tidak meredhai bukan Islam menerajui negara Islam.
DAP telah menggunakan Isu Rasuah, Kronisma
dan Bersih untuk menambat hati orang Melayu, tetapi di sebalik tabir ialah satu
perancangan teliti dan perlaksanaan yang amat efficien untuk menumbangkan sebuah kerajaan Melayu/Islam.
Ini dibuat dengan begitu teratur termasuk
yang paling strategik, iaitu kempen yang telah berjaya meningkatkan pengundi
Cina dalam daftar penggundi. Tahukah anda yang pengundi Cina membentuk 30%
dalam daftar pengundi walaupun mereka hanya di paras 24% dalam komposisi rakyat
Malaysia (sila
Klik).
Sebaliknya, undi dari kaum India telah meningkat
tetapi kurang sedikit dari jangkaan model. Jika dalam Pilihanraya Umum Ke-12, hanya 10%
sahaja pengundi kaum India yang mengundi BN, kini ia telah meningkat keparas
43.2%. Sebenarnya penentangan ekstrem dari kaum India masih wujud di Selangor, Kuala Lumpur dan Pulau Pinang sahaja.
Di negeri-negeri lain, sokongan mereka meningkat hingga ke paras 59.1% di
Johor dan 68.5% di Perak. Nampaknaya kaum India semakin
yakin yang masa depan mereka hanyalah bersama Barisan Nasional. Setinggi
tahniah kepada PM Najib kerana sungguh berjaya memulihkan sokongan dari kaum
India.
Akhir sekali, dengan angka angka di atas, saya ingin menjelaskan yang kekurangan kerusi Parlimen BN sebenar
berbanding ramalan dalam blog ini disebabkan oleh ketiadaan sokongan dari kaum
Cina.
Begitu juga kekalahan BN di Selangor turut disebabkan ketiadaan
sokongan dari kaum Cina dan kurangnya sokongan dari kaum India.
Kekalahan BN di Kelantan pula disebabkan sokongan
kaum Melayu kepada parti PAS masih kukuh sungguhpun BN telah berjaya
meningkatkan peratusan undi yang diperolehi. Tahniah kepada Tuan Guru Nik Aziz.
Komposi Ahli Parlimen mengikut
Parti dan Kaum
Seramai 163 ahli
parlimen Bumiputera (BN +PR) daripadanya hanya 141 orang sahaja beragama Islam
iaitu kurang daripada 2/3 kesemua kerusi parlimen. Oleh itu, isu hukum
hudud yang memerlukan undi 2/3 di Parlimen adalah mustahil dilaksana di
Malaysia walau sekalipun semua Ahli Parlimen beragama Islam menyetujuinya. Jadi Pas kena kaji semula arithmetic ini dan strategi ini.
Alhamdulillah
Pilihanraya Umum Ke13 telah selesai dan semua data telah diperolehi dan dimuatkan
kedalam komputer yang membolehkan analisis secara terperinci.
Dalam artikel ini kita hanya memfokuskan suasana di Semenanjung Malaysia kerana wujudnya kekeliruan tentang corak pengundian dan implikasinya kepada halatuju politik setiap kaum selepas ini.
Kita belum lagi membuat analisis suasana di Sabah dan Sarawak kerana tiada timbul persoalan tentang dominasi BN yang berterusan di sana.
Dalam artikel ini kita hanya memfokuskan suasana di Semenanjung Malaysia kerana wujudnya kekeliruan tentang corak pengundian dan implikasinya kepada halatuju politik setiap kaum selepas ini.
Kita belum lagi membuat analisis suasana di Sabah dan Sarawak kerana tiada timbul persoalan tentang dominasi BN yang berterusan di sana.
Pengundian Mengikut Kaum
Bagi
Semenanjung Malaysia, analisis kita menunjukkan 63.7% undi Melayu
berpihak kepada Barisan Nasional,10.8% undi Cina dan 43.2% undi kaum India.
Butiran untuk negeri negeri dan wilayah adalah seperti dalam Jadual
berikut:
Undi dari kaum Cina, malangnya untuk BN telah
jatuh diluar jangkaan sama sekali, keparas 10.8%. Dalam ramalan
model kita telah menjangka senario terburuk undi Cina pada paras 25% iaitu
seperti dalam pilihan raya negeri Sarawak dan juga berasaskan angka yang boleh
ditafsir dari survei pendapat umum pihak Merdeka Center.
Kaum Cina begitu yakin yang mereka mampu memberi kemenangan kepada Pakatan Rakyat untuk membentuk kerajaan persekutuan yang diterajui DAP.
Dengan itu DAP telah berjaya memperoleh hampir keseluruhan undi kaum Cina dan menjadi parti dominan dalam Pakatan Rakyat, tetapi kali ini hanya sebagai peneraju di sebelah pembangkang.
Ini dibuat dengan begitu teratur termasuk yang paling strategik, iaitu kempen yang telah berjaya meningkatkan pengundi Cina dalam daftar penggundi. Tahukah anda yang pengundi Cina membentuk 30% dalam daftar pengundi walaupun mereka hanya di paras 24% dalam komposisi rakyat Malaysia (sila Klik).
Di negeri-negeri lain, sokongan mereka meningkat hingga ke paras 59.1% di Johor dan 68.5% di Perak. Nampaknaya kaum India semakin yakin yang masa depan mereka hanyalah bersama Barisan Nasional. Setinggi tahniah kepada PM Najib kerana sungguh berjaya memulihkan sokongan dari kaum India.
Seramai 163 ahli parlimen Bumiputera (BN +PR) daripadanya hanya 141 orang sahaja beragama Islam iaitu kurang daripada 2/3 kesemua kerusi parlimen. Oleh itu, isu hukum hudud yang memerlukan undi 2/3 di Parlimen adalah mustahil dilaksana di Malaysia walau sekalipun semua Ahli Parlimen beragama Islam menyetujuinya. Jadi Pas kena kaji semula arithmetic ini dan strategi ini.
Credit to : DAH IKHWAN
No comments:
Post a Comment