Tuesday 17 September 2013

Relevankah UMNO?

Pada 19 Oktober 2013 ini, sejarah akan tercatat dalam lembaran diari parti berteraskan kaum Melayu terbesar di Malaysia yang juga tunjang parti Barisan Nasional iaitu UMNO kerana bakal menyaksikan pemilihan Majlis Kerja Tertinggi parti tersebut dilaksanakan di peringkat akar umbi. 

Tindakan yang selaras dengan pindaan perlembagaan parti itu pada 2009 [baca sini] rentetan dari kemerosotan prestasi UMNO pada Pilihanraya Umum Ke-12.

Pemilihan kali ini disifatkan menarik dalam kalangan penganalisis politik, ahli-ahli parti, golongan profesional, ahli akademik, masyarakat umum serta parti pembangkang kerana ianya menjadi satu “benchmark” kepada sejauhmana peranan ahli-ahli akar umbi untuk menentukan pemimpin yang mampu mengemudi hala tuju UMNO selepas Pilihanraya Umum Ke-13.

Kuasa yang diberi kepada ahli di peringkat akar umbi sekiranya diperhalusi, impaknya amat kuat kerana mampu memilih pemimpin yang benar-benar berwibawa atau sebaliknya. Mutakhir ini, kempen di kalangan calon-calon semakin agresif semakin turun ke bawah dengan hasrat menemui perwakilan seramai mungkin bagi menawarkan visi dan matlamat mereka dalam parti.

Dari sudut positif, amalan politik wang berjaya dikekang kerana jumlah perwakilan yang besar menyebabkan ia sukar dilaksana untuk meraih undi sekaligus usaha Yab Presiden UMNO, Datuk Sri Najib Tun Razak untuk meningkatkan imej UMNO sedikit berhasil. Penting untuk calon-calon turut sama memikul amanah yang diberi untuk turut sama merealisasikan hasrat murni Presiden yang juga meneruskan harapan pemimpin-pemimpin terdahulu

Dalam konteks calon pula, persaingan sengit dijangka akan berlaku di hampir keseluruhan Bahagian yang tertumpu di negeri-negeri BN tidak dapat menewaskan pembangkang seperti di Selangor, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang dan Johor. Senario ini bertitik tolak dari kegagalan pucuk pimpinan di peringkat Negeri dan Bahagian untuk memberi kemenangan kepada BN pada PRU Ke-13 yang lalu.


Sementara di peringkat Pusat, kesemua jawatan akan dipertandingkan kecuali jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO hasil persetujuan secara kolektif para pemimpin di peringkat Majlis Tertinggi (MT) dan juga Pengerusi-Pengerusi Badan Perhubungan Negeri agar jawatan berkenaan kekal kepada Dato’ Sri  Najib dan Tan Sri Muhyiddin Yassin.
  
Pun begitu, persoalan samada UMNO masih kekal relevan dalam konteks perjuangan orang Melayu hanya akan terjawab pada 19 Oktober 2013 nanti. Adakah saranan bekas Presiden UMNO, Tun Dr Mahathir Mohamad supaya UMNO diremajakan didengari perwakilan atau tidak? Sekiranya UMNO tidak diremajakan, berkemungkinan UMNO akan mengikut jejak langkah parti GOLKAR di Indonesia dan juga LDP di Jepun. Waalhualam..



~ Tanjak Pusaka ~

No comments:

Post a Comment