Saturday 21 September 2013

Ku Li Tak Jadi Cabar Najib

Akhirnya Tengku Razaleigh Hamzah berpijak juga di bumi yang nyata...beliau juga perlu memikirkan kedudukannya di Gua Musang kerana jawatan yang disandangnya sejak 50 tahun lalu akhirnya dicabar Ketua Pemudanya sendiri [sini].

Post Pic

KUALA LUMPUR: Pemimpin veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah tidak akan bertanding bagi mencabar jawatan Presiden Umno, kata Pegawai Khas Mohd Lukhman Ghani.

Lukhman berkata setakat ini beliau masih tidak menerima sebarang arahan daripada Ahli Parlimen Gua Musang itu bagi menyerahkan borang di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

"Setakat ini saya tidak terima arahan daripada Ku Li untuk serahkan borang beliau biarpun borangnya semua ada berada pada sama saya sekali. Tambahan hanya tinggal 30 minit saja lagi untuk ke PWTC serahkan borang adalah perkara mustahil.

"Saya masih menunggu arahan daripada beliau tetapi saya rasa Ku Li tidak akan bertanding," katanya kepada Antarapos ketika dihubungi tadi.

Ditanya lebih lanjut apakah sebab kemungkinan tidak menyerahkan borang, Lukhman memberitahu Ku Li merasakan ahli Umno sukar untuk membuang tabiat lama bagi melakukan perubahan politik dalam parti.

"Saya rasa sebab mungkin Ku Li nampak majoriti orang Umno tidak mahukan perubahan," katanya ringkas.

Ku Li sebelum ini berkata beliau belum membuat keputusan sama ada untuk bertanding sebarang jawatan pada pemilihan Umno.

Terdahulu Ahli Parlimen Gua Musang itu peka kepada desas-desus mengatakan beliau mungkin mencabar Datuk Seri Najib Tun Razak untuk jawatan presiden parti itu, namun berkata belum ada sebarang pengesahan.

“Saya tidak tahu, (bertanding atau tidak) sebab tarikh pendaftaran (untuk) menawarkan diri bertanding sebarang jawatan dalam parti telah diubah-ubah.  

"Saya difahamkan tarikh baru adalah pada 21 September, mungkin pada hari itu saya berada di luar negara,” kata beliau.

Tengku Razaleigh berkata sungguhpun beliau layak untuk bertanding jawatan itu, beberapa faktor lain perlu diambil kira.

“Memang boleh bertanding tapi saya belum lagi membuat keputusan. Perlu tungguh hari pendaftaran kalau ada (bertanding) ada. Kalau tiada, tiada,” kata beliau.

“Semuanya bergantung kepada sokongan dan kemampuan mahupun kelayakan membuat kerja. Semua ini perlu diambil kira jika mahu bertanding jawatan tersebut,” ujar Razaleigh.  

Razaleigh baru-baru ini mengumumkan hasrat berundur sebagai Ketua Umno Gua Musang yang dipimpinnya sejak 50 tahun lalu.

Beliau yang berusia 76 tahun, juga bertegas tidak mahu bertanding pada pilihan raya umum akan datang untuk memberi laluan kepada pemimpin muda dalam Umno.


No comments:

Post a Comment