MCA tak bijak untuk bermain politik..buktinya kenyataan Ketua Publisiti MCA, Datuk Heng Sia Kee yang mempersoalkan tindakan kerajaan untuk tidak membenarkan abu Chin Peng, bekas pemimpin Komunis itu dibawa pulang ke Malaysia.
Memang kita sedar MCA perlu meraih semula kepercayaan kaum Cina yang kini dilihat tidak memihak kepada parti itu khususnya pada Pilihanraya Umum Ke-13 lalu tetapi kenyataan bangang sebegini tidak harus keluar dari seorang pemimpin parti komponen BN.
Sepatutnya MCA tumpukan kepada usaha memperkasa parti dengan cara lain, bukan dengan cara mengguris hati orang Melayu malahan boleh menimbulkan lagi was-was dalam kalangan ahli UMNO terhadap keihlasan MCA ketika ini.
.............................................................................................................................................
Sekarang ni masih lagi panas isu Chin Peng. MyMassa tak kisah kalau
pembangkang mainkan isu ini. Tapi MyMassa pelik bila ada pemimpin MCA
memperjuangkan isu Chin Peng.
Pokok
pangkalnya, Chin Peng tak dapat diterima kerana dia bukanlah warganegara
Malaysia.
Telah
ditawarkan pengampunan dan kewarganegaraan sebanyak dua kali, dan kedua-duanya
ditolak Chin Peng. Bila nak mampos baru nak terhegeh-hegeh memohon. Malangnya
ketika itu, tawaran telah ditutup. Sebagai warganegara asing, Chin Peng adalah
PERSONA NON GRATA (orang yang tidak diterima) bagi Negara Malaysia.
Mungkin bagi
rakyat di Semenanjung, Chin Peng merupakan pengganas Komunis yang tak dapat
dilupakan keganasannya. Tapi bagi di Sarawak, pengganas Komunis bukan Chin Peng
tetapi seorang lelaki Cina bernama Bong Kee Chok.
Bong Kee
Chok mengetuai Partai Rakyat Kalimantan Utara atau PARAKU telah mengganas di
Sarawak. Namun, PARAKU telah berdamai dengan kerajaan Sarawak pada 21 Oktober
1973 dengan menandatangani Perjanjian Sri Aman. Dek kerana perjanjian itu
dibuat di Simanggang, maka nama daerah tersebut ditukar kepada Sri Aman pada
tahun 1974.
|
||
Apa bezanya
Ketua Pengganas PARAKU dengan Ketua Pengganas Parti Komunis Malaya?
Kedua-duanya pengganas.
|
Kedua-duanya
adalah individu yang bertanggungjawab menggulingkan Kerajaan. Kenapa Bong Kee
Chok diterima manakala Chin Peng ditolak?
Jawapannya
kerana Bong Kee Chok adalah warganegara manakala Chin Peng bukan warganegara.
Bong Kee Chok selepas menandatangani Perjanjian Sri Aman telah sanggup menerima
tawaran Kerajaan manakala Chin Peng menolak tawaran tersebut.
Oleh kerana
Chin Peng warganegara asing, maka Kerajaan Malaysia mempunyai hak untuk
mengklasifikasikan Chin Peng sebagai PERSONA NON GRATA. Manakala sebagai
warganegara, Bong Kee Chok mempunyai hak sebagai warganegara yang termaktub
dalam Perlembagaan.
MyMassa
harap selepas ini pemimpin MCA faham situasi sebenar Chin Peng. Dia bukanlah
warganegara Malaysia. Mengapa perlu Kerajaan menerima seorang yang bukan
warganegara ditanam di sini?
MyMassa juga
berharap agar pemimpin politik bertegas seperti Dato' Seri Ahmad Zahid Hamidi
yang menerangkan sebab utama Chin Peng ditolak kerana dia bukan warganegara.
KUALA LUMPUR - Kerajaan mengesahkan ketua pengganas komunis, Chin Peng yang
meninggal dunia dalam buangan di sebuah hospital di Bangkok, Thailand kelmarin
bukan warga negara Malaysia sebagaimana dakwaan sesetengah pihak.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, semakan
teliti Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mendapati bekas setiausaha agung Parti
Komunis Malaya (PKM) itu bukan sahaja tiada sijil kelahiran bahkan tiada
sebarang dokumen berkaitan kerakyatan negara ini.
Beliau berkata, hal tersebut disahkan sendiri oleh Ketua Pengarah JPN,
Datuk Jariah Mohd. Said.
Satu sumber keselamatan pula memberitahu, upacara khas bagi mayat Chin
Peng, 89, akan bermula Jumaat ini sebelum ia dibakar pada Isnin depan di satu
lokasi dekat Bangkok.
Artikel Penuh: baca sini
Mari kita
lihat bagaimana pula AMANnya kehidupan Bong Kee Chok selepas menerima tawaran
sebagai warganegara.
Bong Kee Chok Bersama Presiden Komando 69 Sarawak |
Bong Kee Chok bukan sahaja boleh hidup dengan aman,
malah boleh duduk di sebelah Presiden Skuad 69 PDRM Sarawak dalam satu
pertemuan di rumah Tun Abdul Rahman.
Sebagai
penutup, kalau ada pihak yang bertanya kenapa Chin Peng tak diterima di
Malaysia, jawablah seperti ini:
CHIN PENG BUKAN
WARGANEGARA DAN PERSONA NON GRATA BAGI KERAJAAN MALAYSIA.
No comments:
Post a Comment