Sunday 22 September 2013

DAP Ke Penjenayah Sebenarnya??

gangster2

Hari ini, Parlimen akan mula bersidang lagi. Seperti biasa, persediaan BN tetap kelam kabut dan huru hara. Malam tadi, barulah kalangan wakil rakyat BN dipanggil bertemu untuk menerangkan mengenai apa yang akan berlaku di Parlimen.

Pertemuan dengan Ketua Whip baru berlaku sekejap tadi. Isu pun disentuh ala kadar sahaja oleh Ketua Whip. Lepas menang Timbalan Presiden UMNO pun tetap tidak ada semangat. Nampak lembab. Kalau Ketua Whip lembab, jawabnya semua jadi begitu.

Hari ini kita patut tengok beberapa soalan yang akan dikemukakan oleh DAP:-

Tuan Lim Guan Eng [ Bagan ] 
minta MENTERI DALAM NEGERI  menyatakan status jenayah, khususnya kes tembakan, mengapa bilangan polis yang terlibat dalam siasatan jenayah tidak ditambah kepada 50% anggota PDRM supaya dapat serta merta membendung jenayah dan bilakah kekurangan anggota polis dapat diatasi seperti di Pulau Pinang yang mempunyai 5,700 anggota polis tetapi masih kurang 600 orang.

Tuan Lim Lip Eng [ Segambut ] 
minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan berapa ramai telah ditangkap di bawah Ops Cantas setakat 16 September 2013 mengikut bangsa, jantina dan negeri. Daripada jumlah itu, berapa ramai yang telah dibebaskan, dibebas dengan ikat jamin polis, direman dan dituduh di mahkamah.

Tuan M. Kulasegaran [ Ipoh Barat ] 
akan mencadangkan:-
Bahawa Dewan ini mengambil maklum kebelakangan ini ramai orang dibunuh dengan sewenang-wenangnya kerana dengan mudah boleh memperolehi senjata api. Dan perasaan takut menghantui rakyat. Dewan ini menggesa pihak polis untuk menumpukan kepada isu ini
agar suatu penyelesaian dapat diambil untuk membanteras kegiatan tembak-menembak ini. 125 syor-syor oleh Suruhanjaya Diraja Polis pada tahun 2005 hendaklah dilaksanakan dengan sepenuhnya dengan kadar segera.”

Semua soalan ini membawa maksud untuk mempertahan penjenayah. Sila baca artikel

Mengapa Jenayah Begitu Sinonim Dengan DAP? oleh MyKMU


Apa kata Pas dengan segala isu mempertahan jenayah ini? Senyap sahaja?


7010fc449022ad66720c085187980aa4




No comments:

Post a Comment