Tuesday 24 September 2013

Rakyat Dah Mula MENYAMPAH kat UMNO???



Blog tersohor RBF, The Unspinners memang kritis kepada Umno namun ahli dan pemimpin parti itu aku fikir janganlah cepat melatah....blog-blog ni umpama ibu bapa yang marahkan anak-anaknya...marah-marah sayang...marah mereka sebab taknak anak-anaknya tu jadi malaun...aku tengok mereka ni kritik Umno bersebab...teguran yang betul...yang tujuannya rasa aku untuk ahli dan pemimpin Umno sendiri sedar bahawa mereka perlu berada di atas landasan sebenar perjuangan parti itu sendiri...

Takkkan nak suruh aku yang bukan ahli ni betulkan pulak?? mana maunya yoppp...so pucuk pimpinan Umno juga perlu "alert" dengan teguran-teguran ini...jangan tengok sebelah mata je...kononnya media baru mcm blog ni picisan je...tapi jangan nanti bila BN jadi pembangkang pada Pilihanraya Umum Ke-14 nanti baru nak salahkan pemain media baru ni...time tu silap banyakla...Nauzubillah...xnk aku ber-Perdana Menterikan seorang pemimpin luar tabie....


================================================================================



'Cooling off period' dah habis dan kempen akan bertambah rancak, tapi rupanya ada satu drama yang menghayatkan dan memilukan berlaku.

Menghayatkan kerana akhirnya sikap hati kering seorang pemimpin yang tak menghargai setiakawan lalu mencantas rakannya sendiri. Yang menjadikan perut bagai nak milu memulas nak muntah adalah pemimpin itu lakukan ini semua agar dirinya tak boleh diturunkan.

Dia cari bakal pengganti dari mereka-mereka yang DNA bukan berupaya. Entahlah DNA dah ditukar dari DNA manusia menjadi DNA beruk ... wallahu alam.

Pemimpin ni adalah seorang ketua. Takyah tanyalah dia jantan atau betina, tua atau muda, bahagian atau cawangan, peringkat tertinggi atau rendah, dan akhir sekali sayap atau sayup. Yang penting, kisahnya benar dan jalan cerita begitu. Cuma detail sengaja diubah.

Kalau ada sesiapa sedar ini sedang berlaku (kerana ia boleh berlaku dan sering berlaku) di tempat anda, humban saja pemimpin begini dan suku sakainya sekali. Agar jadi tauladan dan sempadan dalam proses kita nak merejuvenasikan UMNO.

Pemimpin ni berhadapan dengan pertandingan. Bukan satu lawan satu tapi tiga penjuru. Mula ada seorang nak lawan tapi tak jadi tapi tiba-tiba jadi tiga penjuru. Namun rasanya dia boleh lepas, dan hanya perlu risau yang seorang saja.

Patutnya dia fokus hal pertandingannya tapi ini tidak.

Yang jadi kegusaran dan kemarahan adalah dia sibuk hal pertandingan belah bawah dia. Takyah tanyalah pertandingan naib atau timbalan atau apa nama jawatan. Takkan kami sebutdan hanya panggil jawatan pemimpin no 2. Maka pemimpin tu kita kasi nana pemimpin no. 1.

Jawatan pemimpin no. 2 ni mula-mula tiga orang nak lawan tapi akhirnya seorang saja yang kekal. Tapi muncul dua nama lain tanding, jadi tiga balik.

Dua yang ada nama ni adalah pencapaian masing-masing. Satu tu banyak tolong dan bantu pemimpin no 1 dan punya jasa yang sangat besar dalam membantu BN kawasan dia. Dia pulak hanya muncul tiba-tiba. Orang tak sangka pasal dia kalah pada pilihanraya. (calun jasa besar)

Satu lagi nama muda, ada potensi dan harapan masa depan. (calun potensi)

Satu lagi calun diatur dari orang yang tidak boleh diterima orang. Masaalahnya orang dekat-dekat dengan dia pun fed-up pada sikap dia. tapi dia ada "harta". (calun orang menyampah)

Tiba-tiba pemimpin no. 1 suruh dan paksa calun jasa besar undur dari pertandingan. Setakat kawan minta undur takpa juga tapi dia bawak orang luar dan suruh kasi amaran. Kesian calun jasa besar begitu tertekan hingga undur.

Selalunya orang luar ini hanya pandai kasi amaran saja tapi cara cakap macam betul-betul. Tahu pulak hamba Allah ni bertindak. 



Mula-mula ramai ingat pemimpin no 1 nakkan calon baru bagi masa depan parti di kawasan dia sebagai pemimpin no. 2.

Kalau ikut buku, calon potensi lebih beri harapan dan masa depan dan bukan calon orang menyampah. Calon potensi pun sedia memberi sokongan dan kesetian pada pemimpin no 1 dan sesiapa yang jadi no 1 lah kira. Dia boleh dengan sesiapa saja.

Rupanya pemimpin no. 1 yang bermuka-muka selama ni kata ada biarlah ahli menentukan mengatur mashu calon menyampah menang. Tujuannya mudah saja iaitu jika apa-apa berlaku padanya, parti tidak ada pilihan lain melainkan mengekalkannya.sebagai pemimpin no 1.

Maka parti akan terpaksa membantu dan menyelamatkannya walau pun dia boleh terhumban ke neraka wail.

Memang ada desas desus kata dia disyaki makan duit sambung nyawa dan carpet terbang untuk orang yang perlu disambung nyawa dan banyak turun naik carpet. Namun begitu, ianya baru siasatan dan tak sesuai untuk main tuduh-tuduh.

Hairannya dia mula buat perkara pelik begini sebaik saja diketahui ada siasatan terhadapnya.

Dalam hal pertandingan pemimpin no 1, nampak sangat dia dah main kotor. Atur orang lawan calon di peringkat lain supaya mereka malu kelak. Turut sama dia juga atur orang gila membuat fitnah. 

Ikutkan kita kena jaga nama parti dan usah beri modal pada pembangkang. Semua cerita ni bukan betul dan diubah banyak. Mana dia orang boleh teka. Hanya orang UMNO yang terlibat saja tahu.

Harapnya pemimpin no 1 tu bertaubat dan jaga pemilihan sendiri. Jangan nak ngatur-ngatur berlebih-lebihan. Ni buat orang menyampah.

Ada ke tahan orang lain nak tanding? Ada ke bawak orang luar kasi amaran? Ada ke bawak orang luar tebar fitnah dan jatuhkan lawan? Ada ke letak orang yang tak berkebolehan untuk jadi no 2 supaya dia kekal selama-lamanya? 

Kalau dah masa perlu pemimpin diubah jangan nak tongkat langit dan main kotor tahan kehendak akarumbi serta temberang sana sini untuk mengekalkan diri. Benda gini buat orang menyampah UMNO hingga sampai tinggalkan parti atau undi parti lawan.

Ikut tauladan Idris Jusoh tu steady. Baca RBF SINI ....kalau betullah dia nak kasi laluan orang muda. kena kasi tabik spring.

Jadi ini bukan cerita pasal Idris Jusoh. Ini cerita tauladan untuk semua termasuk dan khususnya pemimpin no. 1.




No comments:

Post a Comment