Tuesday 24 September 2013

Panas !!! Mukhriz Mahathir Akui Aura TUN M Tidak Membantu Karier Politiknya


Datuk Mukhriz Mahathir diakui berpotensi untuk menjadi pemimpin berpengaruh dalam Umno namun tindakan beliau menawarkan diri bertanding merebut jawatan Naib Presiden parti amat-amat menggoyahkan kedudukan penyandang jawatan tersebut...Pada mereka Datuk Mukhriz masih 'hijau' lagi...sepatutnya anak Tun M itu perlulah menunjukkan kebolehan beliau dalam mentadbir Kedah terlebih dahulu...tak payahla nak tunjuk 'hero' dengan mencabar pemimpin lama..

Mereka boleh cakap apa saja...sama seperti mereka dakwa kononnya Datuk Mukhriz dipengaruhi Tun M untuk bertanding..supaya legasi Tun M tetap kukuh dalam parti...dan juga mereka dakwa untuk tunjuk kepada Pak Lah bahawa anak Tun M lebih hebat dari menantu Pak Lah flip flop tu..

Tapi yang pentingya perwakilan yang akan menentukan kedudukan mereka nanti samaada mereka akan terpilih atau tidak...perwakilan yang akan memilih nanti mungkin ada di kalangan mereka berasa jawatan Naib Presiden Umno perlu ada gandingan muka baru dan lama...so kalau macam tu...kebarangkalian untuk salah seorang Inkumben untuk jatuh terjelepuk amat tinggi...hahaha...

Baca kenyataan Datuk Mukhriz di bawah yang menjelaskan bahawa nama Tun M yang 'dibawanya' bukanlah satu kelebihan..



----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

SHAH ALAM - Menyingkap karier politiknya dalam Umno, Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir berkata, aura ayahnya yang merupakan tokoh tersohor tidak menyumbang kepada peluang beliau melonjak ke suatu tahap yang lebih tinggi dalam bidang ini.

Bercakap dalam program Dialog Bersama Pemimpin anjuran Sinar Harian hari ini, Mukhriz berkata, beliau terpaksa melalui perjalanan berliku dan turun naik ketika awal penyertaannya dalam Umno termasuk ketika usianya masih muda.

"Nasib badan saya juga kerana mempunyai seorang ayah hendak saya dicabar dulu," katanya dalam program Dialog Bersama Pemimpin, “Impak Krisis Timur Tengah Kepada Malaysia” di Kompleks Kumpulan Media Karangkraf di sini, hari ini.

Mukhriz yang juga Pengerusi Perhubungan Umno Kedah ditanya oleh moderator program, bagaimana beliau hendak menghakis tanggapan umum yang menggelarkan beliau 'anak bapak' kerana mempunyai seorang ayah yang sudah lama bergelumang dalam dunia politik sebelum pembabitannya. 

"Kali pertama saya tawarkan diri bertanding jawatan Ketua Pemuda Kubang Pasu di mana kawasan yang dia (Mahathir) jadi ketua bahagian 35 tahun. Tetapi saya kalah dengan beberapa undi

"Jadi nampaknya tak ada langsunglah aura Tun Mahathir dalam hal hendak bertanding... kalaulah betul saya ini anak bapak, diberi laluan yang mudah, sepatutnya zaman dia presiden parti, zaman dia perdana menteri, saya diberikan laluan

"Tetapi saya rasa sangat bertuah, saya sampai ke destinasi dalam keadaan yang tercalar, tetapi itulah yang memberi kematangan kepada diri saya," katanya lagi.


No comments:

Post a Comment